Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kartel dadah mohon maaf atas pembunuhan

    MATAMOROS, MEXICO, 10 MAC – Sebuah kartel dadah Mexico yang dituduh menculik empat warga Amerika dan membunuh dua daripada mereka berkata pembunuh tersebut, walaupun dari kartel berkenaan, bertindak bersendirian dan akan diserahkan kepada pihak berkuasa, lapor media tempatan kelmarin.

    Beberapa saluran berita Mexico menerbitkan surat yang didakwa dikeluarkan oleh Gulf Cartel, di mana kumpulan itu berkata ia mengutuk sekeras-kerasnya dan memohon maaf atas penculikan dan pembunuhan, yang dilakukan tanpa kebenaran ketua kumpulan itu.
    Empat warga Amerika itu telah memandu ke utara Mexico dengan sebuah minivan putih minggu lalu sebelum mereka diculik dan ditembak oleh lelaki bersenjata di bandar sempadan Matamoros.

    Mangsa melawat Mexico kerana salah seorang daripada mereka merancang untuk menjalani pembedahan kosmetik, kata seorang pegawai Mexico.

    Di samping surat kelmarin, media tempatan turut menyiarkan sekeping gambar yang menunjukkan nota tulisan tangan itu diletakkan di sebelah lima lelaki dalam keadaan tertiarap dengan tangan terikat.

    Pihak berkuasa Mexico belum mengesahkan sama ada lelaki ini adalah orang yang disyaki melakukan pembunuhan dan penculikan, atau jika mereka telah diserahkan kepada pihak berkuasa.

    Pejabat pendakwa melaporkan penahanan seorang suspek, yang dikatakan telah mengawal warga Amerika yang diculik.

    Dua mangsa yang terselamat telah dikembalikan ke Amerika Syarikat melalui sempadan darat antara Matamoros dan Brownsville, Texas.

    Mayat dua warga Amerika yang maut itu dihantar pulang kelmarin, kata pihak berkuasa. – AFP

    Pengawal Kebangsaan dan tentera menyertai operasi untuk memindahkan dua daripada empat warga AS yang diculik di timur laut Mexico kembali ke AS, selepas dua yang lain ditemui mati, di Matamoros, Negeri Tamaulipas, Mexico, pada 7 Mac lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...