Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Kebakaran libatkan dapur, tong gas

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Satu kejadian kebakaran melibatkan dapur dan tong gas telah dilaporkan berlaku di Jalan Junjungan, Kampung Lumapas, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, tiga buah jentera dari Balai Bomba Sungai Kebun, Cawangan Operasi D yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai, Haji Othman bin Matusoff bersama seramai 13 orang anggota bomba dan penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 5:02 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa api telah pun padam sebelum anggota bomba tiba di tempat kejadian, namun bertindak mengeluarkan satu jet hos serta alat pemadam api jenis debu kering 2kg untuk memastikan jika ada tanda-tanda api masih menyala. Manakala itu, punca serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

    Hadir di tempat kejadian ialah Pemangku Pemerintah Cawangan Operasi D, Awang Mohd Sophian bin Haji Mohd Yusuff; Stesen Komander Balai Bomba Sungai Kebun, Pegawai Balai Awang Alwi bin Haji Jais dan Pemangku ASFR Haji Hamdani bin Haji Hassan dari bahagian penyiasatan keselamatan kebakaran.

    Sehubungan dengan itu, JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2kg dan selimut api, memastikan hos (SS 233/BS 3212) dan regulator LPG yang disyorkan oleh pihak BSM dan menukarnya apabila tamat tempoh penggunaannya serta memastikan semasa pemasangan, hos dan regulator LPG tidak longgar.

    JBP turut menyarankan kepada orang ramai untuk jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas untuk memastikan membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan.

    Kebakaran yang melibatkan dapur memasak dan tong gas yang berlaku di Jalan Junjungan, Kampung Lumapas, lewat petang kelmarin. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...