Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Kemboja mampu capai matlamat bebas malaria menjelang 2025

    PHNOM PENH, 25 APRIL – Kemboja mencatat kemajuan pesat ke arah mencapai matlamatnya untuk bebas malaria menjelang 2025, kata Perdana Menteri negara itu, Hun Manet hari ini.

    Dalam mesej pada Hari Malaria Kebangsaan, Hun Manet berkata walaupun malaria masih meragut nyawa, mengurangkan produktiviti, menjejaskan kesihatan awam dan ekonomi sosial dunia dan Kemboja, negara itu berada di landasan yang betul untuk mencapai bebas malaria menjelang 2025.

    “Kemboja hanya merekodkan 1,384 kes malaria pada 2023, dan tiada kematian akibat malaria dilaporkan sejak 2018,” katanya.

    “Dalam konteks keamanan, kestabilan politik, kebebasan, perpaduan dan pembangunan di seluruh negara, kita semakin hampir untuk membasmi segala bentuk malaria menjelang 2025,” tambahnya.

    Hun Manet juga merayu kepada masyarakat antarabangsa, penderma dan orang ramai dari semua lapisan masyarakat untuk terus membantu negara Asia Tenggara itu untuk merealisasikan sasaran bebas malaria ini.

    Malaria adalah penyakit berjangkit bawaan nyamuk yang biasanya ditemui di kawasan hutan dan pergunungan, terutamanya semasa musim hujan.

    Huy Rekol, pengarah Pusat Parasitologi, Entomologi dan Kawalan Malaria Kebangsaan, berkata ujian dan rawatan diagnostik malaria sangat berkesan di Kemboja, dengan Artesunate-Mefloquine, atau ASMQ, adalah 100 peratus selamat dan mujarab terhadap malaria. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...