Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kes tipu jual alat ganti kereta ditangguh

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 MEI – Seorang kakitangan beruniform telah disabitkan dengan tuduhan menipu baru-baru ini dan mahkamah menangguhkan kes kepada 1 Jun bagi pihak pendakwaan mengemukakan hukuman.

    Tertuduh, Zainal Amiruddin bin Zainal Aliuddin, 27, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya oleh Pendakwa Raya Syafina Abdul Hadzid, Sabtu lalu.

    Majistret Syaffina binti Shahif juga mendengarkan bahawa defendan mengaku kepada fakta pendakwaan, yang menyatakan bahawa tindakannya menipu orang ramai untuk membeli alat ganti kereta melaluinya dan kesalahannya terungkai selepas Pasukan Polis Diraja Brunei menjalankan siasatan hasil daripada beberapa siri laporan polis, sehingga membawa kepada penahanannya pada 22 Mei lalu.

    Pendakwa juga mendedahkan modus operandi defendan menipu lima orang untuk mempercayai dia boleh membekalkan alat ganti kereta yang dicari mangsa.

    Mahkamah selanjutnya mendengar bahawa defendan akan mencari mangsanya melalui platform media sosial dan menawarkan perkhidmatannya untuk membekalkan mereka bagi alat ganti kereta yang dicari-cari oleh mangsa.

    Defendan melakukan kesalahan itu enam kali, kali pertama pada Februari dan selebihnya pada bulan ini dan menipu sejumlah hampir $4,000 daripada lima orang mangsanya, memperdaya mereka bahawa dia boleh membekalkan alat ganti kereta.

    Memandangkan defendan telah menawarkan perkhidmatannya, mangsa kemudiannya membuat pembayaran ke akaun bank, namun tidak menerima sebarang maklum balas mengenai barangan yang dipesan.

    Setiap satu daripada enam pertuduhan yang dihadapi defendan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan juga denda.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...