Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Korea Utara tarik balik penutupan ibu kota

    SEOUL, KOREA SELATAN, 30 JAN – Kedutaan Rusia di Korea Utara berkata Korea Utara telah melonggarkan kawalan wabak yang ketat di ibu negara Pyongyang yang bermula lima hari lalu bagi membendung penularan penyakit pernafasan.

    Korea Utara tidak secara rasmi mengiktiraf penutupan di Pyongyang atau kemunculan semula COVID-19 selepas pemimpin Kim Jong Un mengisytiharkan kemenangan yang dipertikaikan secara meluas ke atas koronavirus pada bulan Ogos, tetapi siaran Facebook kedutaan Rusia telah memberikan gambaran mengenai penularan penyakit di negara itu.

    Kedutaan itu menyiarkan notis yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar Korea Utara memaklumkan diplomat asing bahawa tempoh anti-wabak yang dikenakan di Pyongyang sejak Rabu telah ditarik balik hari ini.

    Sejurus sebelum siaran itu, NK News, sebuah laman web berita yang memfokuskan Korea Utara, memetik notis kerajaan Korea Utara untuk melaporkan bahawa pegawai kesihatan telah mengenakan penutupan selama lima hari di Pyongyang dalam usaha untuk membendung penularan penyakit pernafasan. – AP

    Pekerja Korea Utara membasmi kuman kemudahan di kedai bawah tanah di Pyongyang, Korea Utara. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...