Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Madrid terus mendahului liga

    MADRID, 23 OKT – Real Madrid dengan tenang mengalahkan Sevilla 3-1 pada perlawanan Sabtu sekali gus kekal sebagai pendahulu liga.

    Pasukan kendalian Carlo Ancelotti itu berada enam mata di hadapan pencabar terdekat, Barcelona.

    Sevilla pada mulanya berharap dapat mengutip sedikit mata hasil daripada gol penyamaan Erik Lamela pada minit ke-54. Namun harapan itu musnah setelah Vinicius Junior menjaringkan gol pada minit ke-79 diikuti Valverde dua minit kemudian.

    “Kami kehilangan sedikit keyakinan ketika gawang dibolosi gol, tetapi nasib kami baik, pertukaran pemain memberikan tenaga kepada pasukan kami dan meningkatkan keyakinan,” kata Ancelotti.

    “Kami menjaringkan gol kedua dengan serangan balas yang menakjubkan dengan hantaran yang bagus daripada Vinicius.”

    Real Madrid memerlukan lima minit sahaja untuk membuka jaringan.

    Vinicius Jr merupakan arkitek, merancang serangan dengan memperdaya Gonzalo Montiel, sebelum membuat hantaran sempurna kepada Modric yang disudahkan dengan mudah.

    Manakala, Lamela menjaringkan gol tunggal Sevilla selepas dibantu oleh Montiel yang bijak mencuri bola daripada kawalan Vinicius sebelum membuat hantaran kepada pemain penyerang itu. – AFP

    Reaksi pemain Real Madrid, Federico Valverde meraikan gol ketiga dalam perlawanan antara Real Madrid dan Sevilla di stadium Santiago Bernabeu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...