Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    ‘Panasnya bagai dipanggang’

    SHANGHAI, 13 JULAI – Shanghai ‘dipanggang’ di bawah suhu paling panas hari ini ketika gelombang haba membahang di China mencetuskan amaran cuaca dan membebankan sektor-sektor pertanian dan tenaga.

    Kawasan hemisfera utara telah mengalami kepanasan ekstrem minggu ini, dengan Perancis dan Britain juga dijangka berdepan suhu memuncak ketika anggota bomba di barat Eropah bergelut kebakaran hutan.

    China juga berdepan cuaca ekstrem musim panas ini, dengan merekodkan bencana banjir bulan lalu hingga memaksa ratusan ribu penduduk berpindah dari rumah mereka sementara di kawasan lain, jalan raya yang membahang turut menggelembung.

    Saintis-saintis mengatakan gelombang haba kerap terjadi disebabkan perubahan iklim dan kelihatannya akan berlaku lebih panjang dan amat terik ketika suhu global akan terus meningkat.

    Di pusat kaji cuaca Shanghai hari ini, merkuri mencecah 40.9 peratus darjah Celsius pada 2:30 petang, lapor laman berita rasmi perkhidmatan meteorologi kebangsaan.

    Angka itu ‘berpadanan dengan suhu udara tertinggi pecah rekod di kawasan tempatan sejak rekod itu bermula pada tahun 1873,” menurut artikel itu.

    Pengguna-pengguna media sosial mengeluh cuaca teruk yang dihadapi, dengan seorang pengguna di platform Weibo berkata mereka ‘berasa seperti daging yang sedang dipanggang semasa keluar menjalani ujian saringan COVID’.

    “Mungkin ia akan membakar seluruh virus,” gurau yang lain.

    Gambar dalam media sosial menunjukkan kakitangan kesihatan di Shanghai duduk atau bersandar pada ketulan ais untuk menyejukkan badan ketika mereka menjalankan kempen ujian saringan besar-besaran bagi menangani kes COVID. – AFP

    Seorang wanita hampir menutup keseluruhan badannya daripada sinaran matahari di persimpangan lalu lintas di Beijing pada 13 Julai. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...