Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Perang dadah: Duterte dijangka terlepas dakwaan

    MANILA, 28 JUN – Presiden Filipina Rodrigo Duterte sering mencetuskan keganasan dan mengarahkan penembakan suspek dalam perang dadah negara itu yang telah membunuh beribu-ribu orang.

    Namun penganalisis mengatakan beliau kemungkinan besar tidak akan berdepan pendakwaan selepas berundur Khamis ini. 

    Dasar terkenal Duterte bagi menghapuskan penagih dan penyeludup dadah negara itu secara meluasnya dikecam dan mencetuskan satu siasatan antarabangsa bagi kemungkinan jenayah terhadap kemanusiaan. 

    Namun pemimpin berusia 77 tahun itu masih amat popular dalam kalangan rakyat Filipina yang menyokong penyelesaian segeranya ke atas jenayah dan kekal sebagai kuasa politik yang berpengaruh. 

    Keputusan pilihan raya bulan lalu mengukuhkan lagi kedudukan Duterte bagi melepaskan diri daripada pendakwaan selepas berundur, kata penganalisis.

    Ini kerana Ferdinand Marcos Jr, yang menang jawatan presiden selepas menjalinkan pakatan berkuasa dengan anak perempuan Duterte, Sara, yang dipilih sebagai timbalan presiden.

    Marcos Jr menyokong perang dadah Duterte dan mengisyaratkan kerajaannya tidak akan bekerjasama dengan siasatan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi pembunuhan perang dadah itu.

    “Pilihan raya secara asasnya memutuskan bahawa tidak akan ada penyiasatan serius ke atas peranan Presiden Rodrigo Duterte bagi perang dadah dalam masa enam tahun akan datang,” kata Greg Wyatt, pengarah perisikan perniagaan di PSA Philippines Consultancy. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...