Wednesday, November 6, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pertandingan tingkat kemahiran berbahasa Arab

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 JUN – Sebagai salah satu perisian Program Ilal Majdi Wal ‘Ula anjuran Bahagian Sekolah Arab, Jabatan Pengajian Islam (JPI), Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (SUAMPRIPAHS) telah mengungkayahkan Pertandingan Kuiz Sijil Pelajaran Ugama Brunei (SPUB) bagi Tahun 1444H/2023M yang berlangsung di Dewan Besar Mabna AlMa’wa sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pengarah Institusi Pengajian, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Hajah Mariana binti Haji Jamil.

    Pertandingan melibatkan wakil pelajar Tahun 10 Fast Track dan 11 dari tiga buah sekolah Arab, iaitu Sekolah Arab Sultan Haji Hassanal Bolkiah (SASHHB), SUAMPRIPAHS dan Mahad Islam Brunei yang akan menduduki Peperiksaan SPUB.

    Ia merupakan salah satu aktiviti ke arah meningkatkan kemahiran berbahasa Arab khususnya dalam kemahiran mendengar dan bertutur.

    Di samping itu, pelaksanaan pertandingan itu juga dihasratkan dapat mengukuhkan inisiatif Pembelajaran Teradun melalui aplikasi-aplikasi pembelajaran bersesuaian.

    Pertandingan yang dikendalikan bersama oleh Jabatan Al-Quran, Jabatan Bahasa Arab dan Jabatan Mawad Diniyyah, SUAMPRIPAHS itu adalah bagi mendukung inisiatif Rancangan Strategik KHEU 2020-2024.

    Hajah Mariana bergambar bersama pemenang kuiz berkenaan. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Antara pelajar yang mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz yang berlangsung di berlangsung di Dewan Besar Mabna AlMa’wa SUAMPRIPAHS baru-baru ini. – Gambar oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Yusrin Junaidi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda