Saturday, May 4, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PM UK Liz Truss mohon maaf atas kesilapan

    LONDON, 18 OKT – Perdana Menteri Britain Liz Truss memohon maaf susulan pengumuman belanjawan mini baru-baru ini telah memberikan kesan kepada pasaran kewangan.

    “Saya memohon maaf atas kesilapan yang telah saya lakukan dan mengaku bertanggungjawab,” kata kata Truss dalam satu sidang media pada Isnin, lapor agensi Anadolu.

    Susulan itu, kedudukan Truss sebagai perdana menteri dilihat tergugat dengan segelintir Ahli Parlimen secara terbuka meminta beliau meletakan jawatan.

    Walau bagaimanapun, beliau berikrar untuk memimpin Konservatif dalam pilihan raya umum akan datang.

    “Saya akui terdapat beberapa kesilapan.

    “Saya telah bertindak segera untuk membetulkan kesilapan itu.

    “Apa yang perlu kita lakukan sekarang ialah bergerak ke hadapan dan bekerja untuk negara kerana perkara itu lebih penting untuk rakyat,” katanya.

    Dalam temu bual berasingan dengan Sky News pada lewat Isnin,  Menteri Kewangan baharu Jeremy Hunt menyeru Konservatif untuk terus menyokong Truss sebagai perdana menteri.

    Dalam satu siaran televisyen pada pagi Isnin, Menteri Kewangan baharu Jeremy Hunt telah mengumumkan beberapa pindaan telah dibuat berhubung pemotongan cukai dan belanjawan mini berkenaan.

    Beliau berkata akan ada “keputusan yang sukar” pada masa akan datang dalam usahanya untuk meningkatkan kredibiliti kewangan Britain di pasaran global. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...