Saturday, May 4, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Pogacar juara Tirreno-Adriatic

    PARIS, 11 MAC – Juara Tour de France Tadej Pogacar berhempas-pulas untuk mencatat kemenangan dalam perlumbaan sukar peringkat empat Tirreno-Adriatico semalam dan mendahului dalam mata keseluruhan.

    Pelumba Slovenia itu mengambil jersi biru daripada Filippo Ganna daripada pasukan Ineos selepas merampas kemenangan kelimanya dalam musim ini dengan prestasi yang mengagumkan di Bellante.

    “Selepas hari berjaya untuk seluruh pasukan, saya fikir saya perlu berusaha untuk memenanginya,” kata Pogacar daripada Pasukan UAE.

    Dia melancarkan serangan dengan perlumbaan berbaki 500 meter untuk menyingkirkan pelumba Jumbo-Visma Jonas Vingegaard dan pelumba Perancis Victor Lafay.

    Pogacar, 23 tahun, yang memenangi perlumbaan Strade Bianche pada hujung minggu lalu, kini mempunyai kelebihan sembilan saat ke atas pelumba Belgium Remco Evenepoel dalam klasifikasi umum.

    Pelumba Itali Ganna ketinggalan 12 saat untuk menduduki tempat ketiga.

    Peringkat kelima pada hari ini merupakan perlumbaan berbukit sejauh 155km dari Sefro ke Fermo.

    “Esok juga sama seperti hari ini,” kata Pogacar. “Awda perlu amat fokus dalam perlumbaan.” – AFP

    Reaksi Tadej Pogacar ketika melintasi garisan penamat untuk memenangi peringkat keempat Tirreno Adriatico dari Cascate delle Marmore ke Bellante, Itali pada 10 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...