Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Restoran terbesar Thailand dibuka di Labuan

    LABUAN, 17 OKT – Thai Beach Restaurant komited untuk membawakan masakan asli Thai kepada pelanggan yang berminat di pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa Malaysia di Labuan.

    Restoran dengan 114 jenis hidangan itu akan mengukuhkan reputasi Labuan dengan menyajikan makanan gaya Thai dalam persekitaran yang mempesonakan.

    Terletak di jalan pesisir pantai Labuan, jauh daripada kesibukan bandar, restoran ini menyajikan makanan dan minuman tradisional Thai dengan suasana menghadap pantai Nagalang.

    Menu mereka menawarkan pelbagai hidangan lazat, termasuk makanan laut phad woon sen, nasi goreng nanas serta siakap, Tilapia, ikan merah dan kerapu dengan limau nipis dan cili.

    Pengarah Thai Beach Restaurant Cheng Cho Chung @ Ah Cho berkata restoran Thai ini merupakan tempat makan alternatif untuk penduduk tempatan dan pengunjung.

    Beliau berkata restoran ini mempunyai ruang makan terbuka dengan 40 meja dan lima ruang makan peribadi (dilengkapi set karaoke setiap satu) dan kapasiti 320 orang pada satu-satu masa.

    “Selepas membuka restoran dim sum bersebelahan dengan Fishermen Harbour Restaurant kami, kami melihat peluang untuk membuka restoran makanan ala Thai berikutan permintaan yang tinggi daripada penduduk tempatan dan pengunjung,” katanya pada majlis perasmian restoran itu oleh Senator Datuk Bashir Alias dan Pengerusi
    Dewan Perniagaan Cina Labuan Datuk Wong Kii Yii di sini hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...