Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Sambut baik cadangan perbaiki pengalaman pengguna di LTAB

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MAC – Kadar pergerakan penumpang pada 2022 adalah sekitar 2 juta, dan dari segi kemampuan Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) pada masa ini boleh menampung pergerakan penumpang sehingga 3 juta, jadi masih ada ruang untuk kapasiti di lapangan tersebut.

    Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Dato Seri Setia Pengiran Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha menyambut baik cadangan untuk memperbaiki pengalaman atau keadaan lapangan terbang tersebut dari segi pengalaman pengguna.

    Beliau menekankan perkara itu semasa mengulas cadangan ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Haji Awang Suyoi bin Haji Osman mengenai LTAB.

    Mengulas mengenai industri pelancongan, beliau berkata, Jabatan Penerbangan Awam sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Pelancongan dan juga Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) mengenai pakej-pakej pelancongan.

    “Jabatan Penerbangan Awam sentiasa bersedia untuk memudah cara apa-apa perkembangan yang akan dicadangkan melalui lapangan terbang antarabangsa,” jelasnya lagi.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...