Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Sarawak bakal eksport tenaga elektrik ke Sabah

    KUCHING, 29 NOV – Sarawak akan mengeksport tenaga elektriknya ke Sabah menjelang 2024 apabila projek penjanaan dan penghantaran di Northern Grid Extension bahagian utara itu siap kelak.

    Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi berkata buat masa kini, projek bekalan elektrik ke Sabah itu masih dalam peringkat rundingan komersial.

    “Pembekalan elektrik sebanyak 30MW ke Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) adalah disasarkan pada 2024 bergantung kepada siapnya projek Northern Grid Extension,” katanya dalam ucapan penggulungan bajet negeri 2023 di Dewan Undangan Negeri Sarawak, di sini hari ini.

    Julaihi berkata jumlah tenaga yang dieksport itu melibatkan dua peratus daripada kapasiti sedia ada pada masa ini, iaitu berjumlah 5,996 MW.

    “Untuk rekod, penggunaan elektrik di Sarawak sekarang berjumlah 4,398 MW.

    “Ini bermakna kita masih mempunyai baki sebanyak 1,478 MW yang mencukupi untuk kegunaan dan keperluan dalam negeri, termasuk penyambungan di bawah Skim Additional Late Applicant Fund,” katanya. – Bernama

    Datuk Julaihi Narawi (tengah) menyaksikan pertukaran dokumen selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara SDEC dan Rakan Kongsi Strategik, 10 November lalu. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...