Saturday, May 11, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Semarakkan Maulidur Rasul sambil beramal

    Oleh Mu’min Karim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 OKT – Dalam membesarkan dan memuliakan junjungan besar, Nabi Muhammad SAW, sekumpulan bekas pelajar pengambilan kedua (1979) Maktab Melayu Paduka Seri Begawan Sultan telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul yang diteruskan dengan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim, di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyampaikan sumbangan kepada 23 orang anak yatim ialah Setiausaha Tetap (Infrastruktur, Perumahan dan Profesional) di Kementerian Pembangunan, Haji Amer Hishamuddin bin Pehin Orang Kaya Amar Pahlawan Dato Seri Setia Haji Zakaria yang juga merupakan bekas pelajar pengambilan tahun 1979 maktab tersebut.

    Majlis yang dihadiri oleh seramai 40 orang bekas pelajar pengambilan tersebut diserikan dengan bacaan Dikir Assalamualaika dan tazkirah bertajuk ‘Rasulullah Sebagai Ikutan: Di Dalam Solat Rasulullah Ada Vaksin Ketuhanan’ yang di sampaikan oleh mantan imam Surau Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Pengiran Haji Mahmud bin Pengiran Haji Othman yang juga bekas pelajar pengambilan 1979.

    Majlis juga bertujuan untuk memuliakan anak-anak yatim, mengeratkan hubungan silaturahim sesama bekas mereka dan membudayakan sambutan keagamaan dan kerja-kerja berkebajikan dalam kalangan bekas pelajar tersebut.

    Haji Amer Hishamuddin menyampaikan derma kepada salah seorang anak yatim.
    Gambar ramai bekas pelajar pengambilan kedua (1979) Maktab Melayu Paduka Seri Begawan Sultan bersama anak-anak yatim.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Isu kehadiran tentera India sudah selesai – Menteri Luar Maldives

    NEW DELHI, 10 MEI - Isu kehadiran tentera India di Maldives sudah selesai, kata Menteri Luar Maldives, Moosa Zameer, kelmarin. Moosa tiba di India dalam...