Friday, May 3, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Seminar bincang isu ilmu Usuluddin

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MAC – Dalam rangka membentuk jaringan akademik tempatan dan antarabangsa, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah dijemput ke Seminar Akidah dan Pemikiran Islam Peringkat Antarabangsa 2023 (SAPIA 2023) dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), baru-baru ini.

    Seminar yang bertemakan ‘Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah Melestarikan Perpaduan Masyarakat’ itu antara lain bertujuan membincangkan isu-isu kontemporari ilmu usuluddin dan pemikiran Islam menurut pandangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi tonggak kekuatan umat Islam di Nusantara khasnya dan dunia Islam amnya.

    Antara kupasan isu dalam seminar tersebut ialah kepentingan akidah aliran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dominan dalam menangani Islamofobia serta implementasi ilmu usuluddin dalam pembangunan dan kehidupan masyarakat kontemporari.

    Mewakili pihak UNISSA ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal selaku pembentang utama yang turut berkesempatan menyampaikan kertas kerja bertajuk ‘Strategi Pengukuhan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam Mengekalkan Perpaduan di Brunei Darussalam’.

    Selain itu, penganjur juga telah menjemput beberapa tokoh agama yang terlibat secara langsung dalam bidang akidah antaranya Mufti Negeri Selangor selaku pembentang ucaptama di samping Mufti Negeri Melaka termasuk UNISSA.

    Perasmian seminar secara dalam talian itu telah dihadiri oleh lebih 400 orang peserta dan yang diikuti dengan sesi pembentangan selari daripada 36 orang pembentang pelbagai institusi.

    Turut serta membentang dalam seminar tersebut ialah lima orang tenaga akademik dari Fakulti Usuluddin UNISSA yang telah diamanahkan menerajui penganjuran bersama seminar berkenaan.

    Lima tenaga akademik UNISSA semasa seminar berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...