Tuesday, May 30, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Seorang maut akibat rempuhan dapatkan tepung percuma

    PESHAWAR, PAKISTAN, 24 MAC – Seorang maut dan lapan lagi cedera semasa rempuhan untuk mendapatkan tepung percuma di Pakistan yang dilanda inflasi pada hari pertama bulan Ramadan, kelmarin.

    Harga barangan makanan asas telah melonjak sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dengan inflasi pada paras tertinggi hampir 50 tahun ketika negara bergelut dengan krisis imbangan pembayaran yang menyaksikan ia terpaksa kembali berunding dengan Tabung Kewangan Antarabangsa.

    “Sembilan orang telah dipijak dan dibawa ke hospital di mana seorang meninggal dunia,” kata ketua polis Charsadda di barat laut wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Muhammad Arif, di mana kejadian itu berlaku.

    Arif berkata ratusan orang berkumpul di pasar tempatan untuk mendapatkan bahan makanan percuma itu, salah satu daripada ratusan tempat pengedaran yang disediakan kerajaan semasa Ramadan.

    Berjuta-juta keluarga berpendapatan rendah di seluruh negara berdaftar di bawah skim ini.

    Di daerah berhampiran, seorang lelaki maut dan empat lagi cedera apabila tembok yang mereka duduki runtuh ketika orang ramai berkumpul untuk mendapatkan tepung percuma.

    Pihak berkuasa memberitahu AFP ia tidak jelas mengapa tembok itu runtuh.

    Kewangan Pakistan telah rosak akibat salah urus kewangan dan ketidakstabilan politik selama bertahun-tahun keadaan yang diburukkan lagi oleh krisis tenaga global dan banjir yang memusnahkan yang menyebabkan satu pertiga daripada negara itu di bawah air tahun lepas. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Korea Utara akan lancar satelit pengintip tentera

    SEOUL, 30 MEI - Korea Utara berkata pada hari ini ia akan melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada Jun dan menyifatkan peninjauan berasaskan angkasa...
    - Advertisment -