Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Shalin puji aksi cemerlang skuad boling lelaki Malaysia

    KUALA LUMPUR, 20 JAN – Bekas ratu boling Malaysia, Shalin Zulkifli memuji aksi cemerlang skuad boling lelaki Malaysia yang bukan sahaja mengakhiri penantian selama 15 tahun untuk muncul juara acara lima berpasukan malah turut menyapu bersih acara All Event di Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) di Hong Kong, baru-baru ini. 

    Bekas pemain nombor satu Asia itu berkata kemenangan anak buah Ben Heng itu membuktikan prestasi mereka berada pada tahap terbaik berbanding penampilan di Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 di Queensland, Australia tahun lepas yang kurang menyerlah. 

    “Macam sebelum ini, kita memang tahu skuad boling lelaki bagus cuma mereka berdepan laluan sukar untuk menang emas, jadi kali ini di Hong Kong, mereka semua pertajamkan skil permainan untuk tamatkan penantian 15 tahun, jadi memang sangat bagus. 

    “Mungkin prestasi kurang memberangsangkan skuad wanita kerana sudah lama tiada Kejohanan Tenpin Boling Asia,” katanya kepada pemberita di sini. 

    Shalin, 44, mengakui kemenangan jaguh boling negara Muhammad Rafiq Ismail sudah dapat dijangka, apabila pemain nombor satu Asia itu bertindak cemerlang mengetuai cabaran negara dengan membawa pulang empat pingat emas. – Bernama

    Shalin Zulkifli semasa menjalani sesi latihan pasukan boling Malaysia di Sunway Mega Lanes, 28 Julai 2020. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...