Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Sharon Osbourne turun 20kg selepas ambil ubat diabetes

    Penampilan bekas juri American’s Got Talent, Sharon Osbourne yang semakin ramping menjadi perhatian ramai.

    Berkongsi rahsia penurunan berat badannya, Sharon, 71, memberitahu pengambilan ubat diabetes membuatkan dia mendapatkan tubuh idamannya.

    “Saya tak sangka Ozempic sangat memberi kesan. Saya hilang 20 kilogram dalam masa 18 bulan.

    “Saya gembira dengan penurunan berat badan saya dan rasa lebih sihat,” katanya memetik Daily Star.

    Bukan hanya menurunkan berat badan tapi ubat berkenaan juga mengurangkan ketinggiannya.

    “Menjadi tua sangat menyebalkan! Saya pasti saya sudah mengecut.

    “Dulu ketinggian saya adalah 158 sentimeter (cm) kini tinggal 152cm,” ujarnya.

    Ozempic merupakan ubat anti diabetes yang digunakan dalam rawatan kencing manis jenis dua.

    Ia juga dikenali sebagai ubat anti obesiti yang digunakan bagi pengurusan berat badan jangka panjang. – Agensi

    Berat badan Sharon semakin susut selepas mengambil ubat diabetes. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz

    TABRIZ, 21 MEI - Perarakan jenazah Presiden Iran, Ebrahim Raisi akan diadakan di bandar barat laut Tabriz hari ini sebelum jenazahnya dibawa ke Tehran,...