Tuesday, May 21, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Program pupuk pembelajaran, penulisan jawi

    Oleh Sim Y.H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Seramai 17 orang pelajar lelaki dan perempuan Sekolah Ugama Katimahar (sesi pagi), Kawasan Brunei IV telah mengikuti Program Bijak Jawi yang diadakan di sekolah berkenaan.

    Program itu bertujuan menyuntik, mendidik, mengasuh dan memupuk semangat pelajar dalam mempelajari bacaan dan penulisan jawi serta mengukuhkan kesedaran budaya membaca jawi sebagai amalan berterusan.

    Program juga merupakan acara tahunan yang diadakan di seluruh sekolah agama. Semasa program berkenaan, pelbagai aktiviti disediakan yang dipimpin oleh guru-guru untuk mendedahkan kepada para pelajar betapa pentingnya ilmu bahasa dan penulisan jawi.

    Antara pelajar yang sedang mengikuti Program Bijak Jawi yang diadakan di Sekolah Ugama Katimahar baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH UGAMA KATIMAHAR
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...