Saturday, May 4, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    So Long London buat peminat Taylor Swift marah, Joe Alwyn tutup komen IG

    Bekas teman lelaki Taylor Swift iaitu Joe Alwyn bertindak menutup ruang komen di Instagram miliknya selepas penyanyi itu melancarkan album terbaharunya pada Jumaat, lapor mStar.

    Peminat Taylor mula menyerang akaun Instagram pelakon itu dengan meninggalkan pelbagai kecaman selepas mendengar album The Tortured Poets Department.

    Album berkenaan didakwa memuatkan beberapa lagu menceritakan tentang hubungan cinta dengan Joe yang berakhir dengan perpisahan.

    Menerusi lagu So Long London, Taylor menggambarkan hubungan mereka mula renggang selepas dia tinggal bersama Joe di Hampstead Heath di London.

    Mendengar bait-bait lirik lagu tersebut, peminat mula menyalahkan Joe dan mendoakan nasib buruk berlaku terhadap pelakon berkenaan.

    “Kamu mahu saya biarkan Joe bernafas dengan tenang selepas mendengar lagu So Long London? Itu tidak akan terjadi!

    “Joe apa yang kamu sudah lakukan kepada Taylor saya? Semoga hidup kamu tidak akan tenang. Akhirnya Joe ada lagu untuk dirinya sendiri,” komen peminat.

    Untuk rekod, Joe dan Taylor menjalinkan hubungan cinta selama enam tahun sebelum berpisah pada April tahun lalu.

    Sebelum ini, ramai menjangkakan Taylor akan menulis lagu mengenai Joe seperti mana dilakukan terhadap bekas kekasihnya sebelum ini seperti John Mayer, Calvin Harris, Taylor Lautner dan Tom Hiddleston. – Agensi

    Joe terpaksa menutup ruang komen IG kerana dikecam peminat Taylor. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...