Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Tharman umum tanding pilihan raya presiden Singapura

    SINGAPURA, 8 JUN – Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya presiden akan datang yang dijangka berlangsung September ini.

    “Saya ingin memaklumkan untuk menawarkan diri sebagai calon dalam pilihan raya presiden akan datang. Oleh itu, saya akan bersara daripada politik dan semua jawatan saya dalam kerajaan,” katanya dalam surat yang dihantar kepada Perdana Menteri Lee Hsien Loong hari ini.

    Lee ialah setiausaha agung Parti Tindakan Rakyat (PAP). Tharman, 66, berkata beliau berhasrat meletak jawatan daripada PAP dan Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras Dasar Sosial pada 7 Julai serta beberapa jawatan lainnya.

    Ahli Parlimen di kawasan perwakilan kumpulan (GRC) Jurong itu telah berkhidmat dalam politik Singapura selama 22 tahun.

    Pada 29 Mei, Presiden Singapura Halimah Yacob mengumumkan tidak bertanding semula dalam pilihan raya presiden. – Bernama

    Menteri Kanan Singapura Tharman Shanmugaratnam. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...