Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Walkaton pupuk gaya hidup sihat

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 20 NOV – Lebih 500 peserta terdiri daripada murid, guru, kakitangan, ibu bapa, dan penjaga dari Sekolah St. John telah mengambil bahagian dalam walkaton sekolah yang diadakan baru-baru ini.

    Acara bermula di perkarangan sekolah dan merentasi kawasan sekitar Pekan Kuala Belait.

    Walkaton itu bertujuan untuk memupuk semangat bermasyarakat dalam kalangan peserta serta menggalakkan gaya hidup sihat.

    Hadir selaku tetamu kehormat semasa acara berkenaan ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Sekolah St. John, Lee Yin Fah dan diiringi oleh pengetua sekolah berkenaan, Dr Teh Keng Watt.

    Acara dimulakan dengan sesi senamrobik sebelum tetamu kehormat memberi isyarat pelepasan kepada peserta untuk memulakan perjalanan mereka sejauh 3 kilometer mengelilingi Daerah Belait.

    Lee Yin Fah memberikan isyarat pelepasan kepada peserta untuk memulakan acara. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JOHN
    Antara peserta yang mengambil bahagian dalam walkaton tersebut. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JOHN
    Sesi memanaskan badan sebelum acara walkaton. – GAMBAR SERAHAN SEKOLAH ST JOHN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda