Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Weng Son tawar hati untuk terus bertanding di Sukan SEA

    PHNOM PENH, 11 MEI – Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhir buat atlet wusyu Malaysia, Wong Weng Son (gambar-Bernama) di temasya sukan dwitahunan itu selepas kempunan memenangi pingat emas yang amat diinginkan di sini, hari ini.

    Juara dunia 2017 dalam acara jianshu itu mengakui kegagalan untuk menghadiahkan emas buat Malaysia selepas berusaha bersungguh-sungguh sepanjang lima edisi termasuk di sini, menyebabkannya mula tawar hati untuk terus bersaing di Sukan SEA.

    Bagaimanapun, beliau mengharapkan kegagalan pada pertandingan pertamanya sejak pandemik COVID-19 itu terbalas dengan kilauan emas di pentas temasya Sukan Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kejohanan Dunia di Amerika Syarikat, masing-masing dijadual pada September dan November depan.

    “Memang ada rasa tawar hati, saya bertanya diri sendiri mengapa tak dapat emas dan masih perak? Adakah itu takdir Tuhan?.

    “Jika ini takdir Tuhan saya terima. Saya tidak akan berputus asa kerana tahun ini masih ada Sukan Asia dan Kejohanan Dunia, harap-harap saya boleh dapatkan emas lagi di sana,” katanya ketika ditemui di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.

    Selepas bertanding dalam lima edisi Sukan SEA bermula di Myanmar pada 2013, hasrat Weng Son untuk menikmati emas pertamanya tidak kesampaian apabila menamatkan final acara Taolu lelaki yang menggabungkan disiplin qiangshu dan jianshu di tempat kedua. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...