Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    AS komited kurangkan gas rumah hijau

    WASHINGTON, 11 MEI – Pentadbiran Presiden Joe Biden semalam mengumumkan rancangan untuk mengawal pelepasan gas rumah hijau daripada stesen jana kuasa negara, sebagai sebahagian daripada usaha Amerika Syarikat (AS) untuk memerangi perubahan iklim.

    Bermula 2030, cadangan daripada Agensi Perlindungan Alam Sekitar (EPA)akan menyasarkan penghasilan elektrik bahan api fosil dengan syarat-syarat pengurangan karbon yang semakin ketat, termasuk memaksa beberapa loji arang batu untuk memerangkap pencemaran secara langsung daripada cerobong asap mereka.

    “Cadangan EPA bergantung pada teknologi yang telah terbukti dan sedia ada untuk mengehadkan pencemaran karbon dan merebut momentum yang telah dijalankan dalam sektor tenaga untuk bergerak ke arah masa depan yang lebih bersih,” kata Pentadbir EPA, Michael Regan dalam satu kenyataan.

    Agensi itu menganggarkan langkahnya yang menyasarkan batu arang dan gas asli akan menghalang 617 juta tan metrik jumlah karbon dioksida daripada memasuki atmosfera hingga 2042, bersamaan dengan pengurangan pelepasan gas tahunan daripada 137 juta kenderaan penumpang, atau separuh daripada kereta di AS. – AFP

    Gambar fail menunjukkan asap tebal kelihatan keluar daripada kilang tenaga di Fairbanks, Alaska. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...