Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    35 maut dalam dua nahas kereta di Turkiye

    ISTANBUL, 21 OGOS – Pihak berkuasa Turkiye menjalankan siasatan ke atas dua kes kemalangan yang mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang.

    Antara yang maut dalam kemalangan tersebut adalah pasukan kecemasan yang tiba dulu di tempat kemalangan.

    Tragedi tersebut berlaku kelmarin kira-kira 250 kilometer dari selatan Turkiye. Kemalangan pertama berlaku di lebuh raya antara Gaziantep dan Nizip apabila bas penumpang bertembung dengan pasukan kecemasan yang memberi respons terhadap nahas di wilayah Mardin, barat Derik.

    Menteri Dalam Negeri, Suleyman Soylu dalam satu kenyataan berkata tiga anggota bomba, dua paramedik dan dua orang wartawan adalah antara 15 orang yang terbunuh.

    Agensi berita Ilhas berkata dua wartawan mereka terbunuh selepas berhenti untuk memberikan bantuan kepada orang yang terlibat dalam kemalangan tersebut, di mana sebuah kereta terbabas dari lebuh raya.

    Pasukan kecemasan dan penyelamat hadir di tempat kejadian selepas kemalangan bas di lebuh raya antara Gaziantep dan Nizip, Turki. – AP

    Rakaman televisyen tempatan menunjukkan sebuah ambulans mengalami kerosakan teruk di bahagian belakang dan sebuah bas membelok ke tepi di sepanjang lebuh raya. Datuk Bandar Gaziantep, Davut Gul berkata 22 orang cedera dalam nahas kedua itu.

    Kejadian kemalangan kedua berlaku lewat petang kelmarin di Derik selepas brek sebuah trak gagal berfungsi, menyebabkan ia merempuh dua kenderaan lain berhampiran stesen minyak.

    Ketika responden pertama memberi bantuan di tempat kejadian dan orang ramai berkumpul, sebuah lagi trak hilang kawalan dan merempuh mereka.

    Soylu menambah bahawa 20 orang terbunuh dan 26 cedera dalam kemalangan itu. Seorang pegawai polis antara mangsa. Dua pemandu dalam tahanan polis.

    Turkiye mempunyai rekod keselamatan jalan raya yang buruk di mana kira-kira 5,362 orang maut dalam insiden lalu lintas tahun lepas, menurut data yang dikumpul oleh kerajaan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...