Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    OPKEMAS denda 6 syarikat

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Enam buah syarikat di Mukim Kilanas dikenakan kompaun bagi kesalahan pertama melanggar peraturan-peraturan Perancangan Bandar dan Desa (Komposisi Kesalahan) 2018 semasa operasi OPKEMAS kali ketiga baru-baru ini.

    Operasi dijalankan oleh pihak Autoriti Perancang, Jabatan Perancang Bandar dan Desa (JPBD) mendapati pelanggaran termasuk meletakkan, menggunakan, menghalang, mempamerkan barang di kawasan kaki lima premis perniagaan, tempat letak kereta dan laluan kereta premis perniagaan dan perusahaan.

    Kesalahan-kesalahan ini boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan masyarakat setempat dan kawasan sekitarnya, menurut kenyataan dikeluarkan di sini, kelmarin.
    Syarikat-syarikat yang didenda diberikan tempoh tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda itu.

    Sehubungan itu, pihak Autoriti Perancang melalui JPBD, Kementerian Pembangunan mengingatkan orang awam, pemilik-pemilik perniagaan dan perusahaan untuk mematuhi undang-undang perancangan dengan mendapatkan kebenaran perancangan bagi setiap kemajuan dan penggunaan tanah.

    Kontena-kontena yang diletakkan di kawasan awam adalah satu kesalahan di bawah peraturan JPBD. – Gambar serahan JPBD
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...