Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bazar Thailand bermula 26 Ogos ini

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Kedutaan Diraja Thailand di Brunei Darussalam dengan kerjasama Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa di Kuala Lumpur, Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Pejabat Kuala Lumpur, Pejabat Atase Pertahanan, di sini dan Office of Labour Affairs, di sini akan bersama-sama menganjurkan Bazar Thailand yang bakal dirasmikan pada 26 Ogos depan di Atrium, Tingkat Satu, Pusat Beli-belah Onecity.

    Bakal Duta Besar Istimewa dan Mutlak Thailand ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Boosara Kanchanalai dan Timbalan Setiausaha Tetap (Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Awang Mohammad Harris bin Brigedier Jeneral (B) Dato Paduka Haji Ibrahim dijangka hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan perasmiannya.

    Pada acara empat hari tersebut, kedutaan berkenaan akan mempamerkan makanan, minuman dan produk dari Thailand dan pengedar Brunei.

    Sebanyak 39 vendor Thailand di Brunei dan Thailand telah dijemput bagi menyertai dan mengambil bahagian bagi menjual makanan, pencuci mulut, minuman, aiskrim, sayur-sayuran hidroponik, buah-buahan, makanan pemprosesan kering, pakaian, barang kemas, kraftangan, peralatan kereta dan produk-produk Thailand.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...