Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    60 mantan guru SMMHT imbau kenangan

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 8 JUN – Seramai 60 orang mantan guru Sekolah Menengah Muda Hashim Tutong (SMMHT) mengenang detik bertugas sebagai pendidik pada majlis perjumpaan semula di Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE), Daerah Tutong, baru-baru ini.

    Majlis yang turut disertai oleh ahli-ahli PKWE Daerah Tutong berkenaan telah dimulai dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Pengurus PKWE Daerah Tutong, Haji Hamaffi bin Mohd Yassin diikuti dengan bacaan tahlil dan Doa Kesyukuran.

    Haji Mohd Segi Al-Islam bin Uja yang mengetuai mantan guru-guru tersebut menjelaskan bahawa acara berkenaan merupakan detik yang ditunggu-tunggu penuh kesyukuran di mana meskipun mereka jarang bersua muka namun ikatan silaturahim masih utuh apabila bertemu dengan saling bertanya perkhabaran serta perkongsian aktiviti harian.

    Dengan adanya majlis sedemikian, mereka berharap ia sebagai detik permulaan untuk diteruskan pada masa akan datang dengan menjadikan PKWE Daerah Tutong sebagai tempat perkumpulan dengan melaksanakan pelbagai aktiviti bermanfaat untuk sama-sama meningkatkan kesihatan rohani dan juga jasmani.

    Gambar ramai mantan guru SMMHT bersama ahli PKWE Daerah Tutong semasa majlis perjumpaan semula, baru-
    baru ini. – Gambar serahan PKWE Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...