Wednesday, May 8, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Persatuan Foochow KB hormati orang tua

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 8 JUN – Sebagai sebahagian daripada acara tahunan untuk menunjukkan rasa hormat kepada ibu bapa, orang tua, dan nenek moyang, Persatuan Foochow Kuala Belait telah menganjurkan sambutan pada malam 3 Jun lalu bersempena dengan Filial Piety Day.

    Dalam ucapan alu-aluannya selaku pengerusi majlis, Janet Sia menekankan kepentingan menghormati ibu bapa dan orang tua kerana mereka memainkan peranan penting dan merupakan tulang belakang keluarga.

    “Sambutan ini memberi peluang untuk kita bukan sahaja menghargai dan mengenang usaha yang dilakukan oleh ibu bapa, orang tua dan nenek moyang kita tetapi juga masa yang kita luangkan bersama mereka,” ujarnya.

    Dianjurkan oleh kumpulan belia dan wanita persatuan itu, sambutan berkenaan dihadiri ahli-ahli persatuan serta ahli keluarga, ibu bapa dan warga emas, yang dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti di samping menikmati hidangan yang disajikan sepanjang sambutan tersebut.

    Salah seorng ahli menunjukkan rasa penghargaan kepada orang tua yang hadir.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pegawai Korea Utara bantu bina dinasti Kim meninggal dunia

    PYONGYANG, 8 MEI - Kim Ki Nam, ketua propaganda Korea Utara yang membantu membina kultus personaliti di sekitar tiga pemimpin dinasti negara itu, telah...