Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    AFSA, RS sungkai bersama

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MAC – Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Aftercare Support Association (AFSA) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama 30 Rakan Seliaan (RS) dan Keluarga di Pusat Reintegrasi dan AFSA, Beribi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara yang juga Ketua Kampung Putat, Yang Berhormat Awang Zainol bin Haji Mohamed.

    Turut hadir ialah Presiden AFSA, Hajah Dayang Juhana binti Haji Mohd Jaya; Pengarah Penjara, Haji Awang Mohammad Fadzillah bin Haji Ismail; Pemangku Timbalan Pengarah Penjara, Awang Bahri bin Haji Mohammad Yassin; Penguasa Pusat Reintegrasi dan Pemulihan Jabatan Penjara, Pengiran Roslinawai binti Pengiran Haji Omar; Timbalan Ketua Pusat Reintegrasi, Awang Sabtu bin Haji Abdul Ghani serta ahli-ahli AFSA dan Pusat Reintegrasi.

    Timbalan Presiden AFSA, Haji Mustapa bin Haji Masri terdahulu dalam ucapannya berharap ibu bapa, keluarga, penjaga RS akan dapat memberi bantuan dan sokongan yang positif kepada mereka.

    “Sokongan dan bantuan abiskita merupakan penawar yang ajaib bagi membantu mereka.

    Yang Berhormat Awang Zainol menyampaikan barang-barang keperluan asasi kepada salah seorang RS.
    Sesi bergambar ramai.

    “Kami juga berharap abiskita akan dapat memberikan kerjasama yang padu kepada persatuan ini dalam sama-sama membantu mereka agar terus berjaya dunia dan akhirat,” tambahnya.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan tahlil dan Doa Arwah, diikuti dengan Doa Kesyukuran.

    Majlis diteruskan dengan penyampaian barang-barang keperluan asasi kepada RS yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Awang Zainol sebelum diakhiri dengan solat fardu Maghrib berjemaah.

    AFSA telah menyediakan pelbagai rancangan dan aktiviti di sepanjang 2023 dan majlis sungkai berkenaan merupakan aktiviti tahunan persatuan di samping aktiviti-aktiviti lain khususnya di dalam bulan Ramadan.

    Majlis tersebut merupakan aktiviti keagamaan bagi mengukuhkan keperibadian dan ketahanan diri serta jati diri positif para RS.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...