Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Aksi ‘berkelas dunia’ Sommer dapat pujian

    BERLIN, 28 OGOS – Borussia Moenchengladbach mengekalkan rekod kukuh menentang Bayern Munich selepas aksi hebat daripada penjaga gol, Yann Sommer membantu pasukannya mencatat keputusan seri 1-1 di gelanggang lawan, kelmarin.

    Sommer menyelamatkan 19 percubaan dalam satu perlawanan, ia adalah yang paling banyak di Bundesliga sejak rekod dicatat pada 1993-94, menewaskan rekod terdahulu sebanyak 14 percubaan.

    Nagelsmann meluahkan rasa ‘menjengkelkan’ terhadap pengadil Daniel Schlager, dan berkata, “Dia memberikan keputusan kepada Gladbach dalam setiap situasi 50-50.”

    Nagelsmann dilayangkan kad kuning semasa akhir perlawanan kerana bertanya kepada pembantu pengadil sama ada fon telinga pengadil berfungsi atau tidak.

    Jurulatih Gladbach, Daniel Farke memuji ‘aksi berkelas dunia’ dipamerkan Sommer dan pasukannya yang ‘menunjukkan semangat juang’.

    “Kebiasaannya awda merasa kecewa kerana menerima gol penyamaan lewat perlawanan, tetapi hari ini berbeza.”

    Bayern mendominasi perlawanan, memaksa Gladbach bertahan di dalam kawasan kotak penalti mereka sendiri. – AFP

    Aksi Yann Sommer selepas menyelamatkan percubaan semasa pertemuan menentang Bayern Munich, 27 Ogos lalu.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...