Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Anak dolfin sakit beransur pulih

    RAYONG, THAILAND, 28 OGOS – Anak ikan lumba-lumba Irrawaddy yang ditemui sakit dan lemah untuk berenang telah lemas dalam air pasang surut di pantai Thailand apabila nelayan menemuinya.

    Para nelayan berkenaan segera memaklumkan kepada ahli pemuliharaan marin, yang menasihati mereka cara untuk memberi rawatan kecemasan sehingga pasukan boleh membawa anak dolfin itu ke Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Laut dan Pantai Thailand.

    Anak dolfin yang diberi nama Paradon, yang secara kasarnya diterjemah sebagai ‘beban saudara’ kerana mereka yang terlibat tahu sejak hari pertama untuk menyelamatkan nyawanya bukanlah tugas yang mudah.

    Ikan lumba-lumba Irrawaddy, dianggap sebagai spesies terdedah oleh Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi, ditemui di perairan pantai cetek Asia Selatan dan Tenggara dan di tiga sungai di Myanmar, Kemboja dan Indonesia.

    Kemandirian haiwan itu terancam oleh kehilangan habitat, pencemaran dan penangkapan ikan, apabila ikan lumba-lumba ditangkap secara tidak sengaja bersama spesies lain.

    Thippunyar Thipjuntar memberi susu kepada anak dolfin yang diberi nama Paradon di Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Sumber Laut dan Pantai di wilayah Rayong di timur Thailand pada 6 Ogos. – AP

    Pegawai dari pusat penyelidikan marin percaya sekitar 400 ikan lumba-lumba Irrawaddy kekal di sepanjang pantai timur negara itu, bersempadan dengan Kemboja. Sejak Paradon ditemui oleh nelayan pada 22 Julai, berpuluh-puluh doktor haiwan dan sukarelawan telah membantu menjaganya di pusat di Rayong di Teluk Thailand.

    “Kami berkata sesama sendiri bahawa peluang untuknya bertahan hidup agak rendah, berdasarkan keadaannya,” kata Thanaphan Chomchuen, doktor haiwan di pusat itu pada Jumaat.

    “Biasanya, ikan lumba-lumba yang terdampar di pantai biasanya dalam keadaan yang teruk. Kemungkinan ikan lumba-lumba ini akan bertahan sangat, sangat tipis. Tetapi kami memberikan yang terbaik untuknya pada hari itu.”

    Anak dolfin yang ditempatkan di kolam air laut telah dipantau oleh seorang doktor haiwan, sukarelawan setiap lapan jam, selain mengendalikan pam air serta membuat susu untuknya. Selepas sebulan, keadaan Paradon yang dipercayai berusia antara empat hingga enam bulan itu kini boleh berenang dan tidak mempunyai tanda-tanda jangkitan.

    Tetapi ikan lumba-lumba yang panjangnya 138sm dengan berat 27kg pada 22 Julai itu masih lemah dan tidak mengambil susu mencukupi walaupun pasukan itu berusaha untuk memberinya setiap 20 minit atau lebih. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...