Monday, May 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Angka korban nahas kereta api meningkat

    ATHENS, GREECE, 3 MAC – Angka korban nahas kereta api di utara Greece meningkat kepada 57 orang dengan sekurang-kurangnya 10 lagi masih hilang, lapor agensi Anadolu.

    Anggota penyelamat dan bomba masih menjalankan operasi bagi mencari mangsa yang terselamat selepas kereta api penumpang yang membawa lebih 350 orang itu bertembung dengan kereta api barang di bandar Tempi, berhampiran Larissa.

    Ketua perkhidmatan forensik bandar Larissa, Rubini Leontari, berkata sekurang-kurangnya 14 lagi mayat rentung ditemukan kelmarin.

    Beliau berkata beberapa gerabak terbakar dan dikhuatiri ramai mangsa yang terperangkap.

    Sekurang-kurangnya 72 penumpang yang cedera dimasukkan ke hospital dengan 15 daripada mereka telah discaj manakala enam lagi kritikal. – Bernama

    Bangkai gerabak kelihatan berdekatan landasan kereta api selepas kemalangan di Tempe, utara Athens, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Angka korban banjir di Afghanistan cecah 400 orang

    KABUL, 19 MEI - Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik laporan Tolo News yang...