Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Fritz, Paul bakal bertemu di separuh akhir

    ACAPULCO, MEXICO, 3 MAC – Taylor Fritz menewaskan rakan senegaranya, Francis Tiafoe 6-3, 6-4 semalam untuk mara ke pusingan separuh akhir Terbuka Mexico.

    Fritz yang berada di ranking kelima mencatatkan enam kemenangan berturut-turut menentang Tiafoe. Dia mara untuk menentang seorang lagi warga Amerika Syarikat (AS), Tommy Paul, dalam salah satu separuh akhir.

    Ia akan menjadi perlawanan separuh akhir kedua seluruh Amerika dalam sejarah 30 tahun acara Mexico. Fritz berdepan John Isner pada 2020, ketika dia menjadi naib juara.

    Pemenang perlawanan Fritz-Paul akan menjadi orang Amerika ketiga yang mara ke final Mexico. Selain Fritz, Sam Querrey memenangi kejohanan itu pada 2017.

    Fritz berada di separuh akhir kedua musim ini dan cuba merebut gelaran kedua selepas menang di Delray Beach.

    Di bahagian lain, Alex De Minaur mengalahkan Taro Daniel 6-2, 6-2 untuk mara ke separuh akhir. Pemain pilihan kelapan itu akan menentang Hulger Rune, yang mara ke separuh akhir apabila Matteo Berrettini menarik diri pada set kedua selepas ketinggalan 6-0, 1-0. – AP

    Matteo Berrettini, dari Itali, meninggalkan gelanggang selepas mengalah pada set kedua perlawanannya menentang Holger Rune, pada kejohanan tenis Terbuka Mexico di Acapulco, Mexico, semalam. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...