Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Asas utama dasar luar Malaysia kekal – Zambry

    PUTRAJAYA, 5 DIS – Asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan, kata Menteri Luar baharu Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

    Beliau yang memulakan tugas rasminya di Wisma Putra hari ini berkata aspek-aspek lain yang berkaitan dasar luar bagaimanapun memerlukan penjelasan dan penelitian mendalam daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.

    Zambry berkata beberapa aspek akan menjadi keutamaan termasuk hubungan dengan negara-negara tertentu yang memerlukan tinjauan semula.

    “Daripada segi fokus sama ada perlu diberikan kepada negara A atau negara B. Yang ini kita perlukan petunjuk daripada perdana menteri, termasuk isu-isu tertentu yang perlu ditangani. 

    “Sebagai contoh, hubungan dengan ASEAN, satu daripada dasar luar yang sangat penting untuk diberikan keutamaan, hubungan dengan negara-negara kuasa besar, Asia Barat dan sebagainya,” kata beliau pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama warga Wisma Putra, di sini, hari ini.

    Ditanya mengenai isu-isu yang dekat dengan Malaysia seperti Palestin dan Myanmar, beliau berkata perkara berkenaan perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum beliau boleh membuat sebarang kenyataan.

    Zambry merupakan seorang daripada 25 menteri kabinet baharu yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu. – Bernama

    Datuk Seri Dr Zambry bercakap pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama warga kementerian di Wisma Putra, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...