Sunday, May 5, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bakal berangkat ke Thailand

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam akan berangkat mengadakan Keberangkatan Rasmi ke Thailand pada 28 hingga 29 April 2024 atas undangan Perdana Menteri Thailand, Tuan Yang Terutama Srettha Thavisin.

    Semasa berada di Bangkok nanti, Baginda Sultan akan menghadiri Majlis Mesyuarat Dua Hala bersama TYT Perdana Menteri Thailand.

    Tahun 2024 menandakan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Thailand sejak dijalinkan pada 1 Januari 1984.

    Keberangkatan rasmi ini juga akan memberikan peluang kepada kedua-dua buah negara untuk membincangkan isu-isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

    Kali terakhir Kebawah Duli Yang Maha Mulia berangkat ke Bangkok adalah pada bulan November 2022 bagi menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Ekonomi APEC (AELM).

    Baginda sebelum ini juga pernah berangkat mengadakan dua keberangkatan negara ke Thailand pada tahun 1988 dan 2002 serta keberangkatan rasmi pada tahun 2012.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bersalaman bersama TYT Perdana Menteri Kerajaan Thailand di Majlis Perjumpaan Dua Hala pada 10 Oktober 2023. – GAMBAR INFOFOTO
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...