Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Belanjawan 2023 Filipina meningkat 4.9%

    MANILA, 22 OGOS – Belanjawan Filipina untuk tahun depan yang diserahkan kepada Dewan Perwakilan hari ini mencecah kira-kira AS$93.835 bilion, 4.9 peratus lebih tinggi daripada bajet 2022, manakala belanjawan pertahanan sahaja meningkat sebanyak 9 peratus.

    Bajet paling tinggi itu menumpu pada sektor pendidikan, infrastruktur, kesihatan, pertanian dan pembangunan kebajikan sosial untuk mengekalkan momentum pertumbuhan negara Asia Tenggara itu.

    “Bajet kami untuk tahun fiskal 2023 adalah proaktif dan berdaya tahan,” kata Setiausaha Belanjawan, Amenah Pangandaman ketika menyerahkannya kepada Speaker Dewan, Martin Romualdez.

    Bajet 2023 direka untuk “bertahan daripada risiko, cabaran dan kejutan masa depan,” tambahnya.

    Romualdez berkata bajet 2023 akan menyediakan ‘tindakan luas yang diperlukan untuk mempercepatkan’ pemulihan ekonomi negara.

    Para nelayan memunggah tangkapan mereka di pelabuhan Infanta, wilayah Pangasinan pada 20 Ogos. Perbelanjaan Filipina bagi tahun 2023 hampir mencecah AS$94 bilion. – AFP

    Dia menyifatkan langkah peruntukan yang dicadangkan itu “sebagai program fiskal yang luar biasa yang dirumus dengan teliti untuk memberi suntikan rangsangan yang berterusan untuk memulihkan ekonomi yang masih terkesan buruk dengan wabak itu.”

    Kerajaan Filipina berikrar untuk mencapai pertumbuhan keluaran dalam negara kasar 6.5 hingga 8 peratus setiap tahun antara 2023 hingga 2028.

    Jabatan Pertahanan Negara akan menerima kira-kira AS$4.28 bilion dalam bajet yang dicadangkan, 9 peratus lebih tinggi daripada belanjawan pertahanan 2022.

    Pangandaman berkata, bajet pertahanan dinaikkan bagi menjangkakan taufan yang memusnahkan dan bencana alam lain yang akan melanda negara Asia Tenggara itu.

    Jawatankuasa Perbelanjaan Dewan akan memulakan perbincangan bajet di peringkat jawatankuasa pada 26 Ogos. Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos akan menandatangani belanjawan itu setelah ia diluluskan oleh Kongres. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...