Saturday, May 18, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan menerima mengadap Setiausaha Kewangan Republik Filipina, Carlos Garcia Dominguez III, yang mengadakan lawatan ke negara ini selama tiga hari pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    Semasa majlis mengadap tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Setiausaha Kewangan Republik Filipina telah berbincang mengenai inisiatif-inisiatif bersama dan perkembangan dalam kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Filipina.

    Turut menyertai majlis mengadap tersebut ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Filipina ke Negara Brunei Darussalam, Puan Yang Terutama Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio.

    Juga hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Manakala pada majlis berasingan di Istana Nurul Iman, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Amerika Syarikat ke Negara Brunei Darussalam, PYT Caryn Roberta McClelland; PYT Marian Jocelyn R. Tirol-Ignacio dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, PYT Sengdavanh Vongsay.

    Baginda Raja Isteri turut berkenan menerima mengadap isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam TYT Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah, Datin Roslina Ismail dan isteri Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Thailand TYT Pengiran Haji Sahari bin Pengiran Haji Salleh, Hajah Hamidah binti Haris.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap Setiausaha Kewangan, Republik Filipina, Carlos Garcia Dominguez III pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman, kelmarin.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima pesambah daripada Carlos Garcia Dominguez III.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan menerima mengadap PYT Caryn Roberta McClelland.
    Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Datin Roslina.
    Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap Hajah Hamidah.
    ATAS & BAWAH: Baginda Raja Isteri berkenan menerima mengadap duta besar istimewa dan mutlak Filipina dan Laos ke Negara Brunei Darussalam di Istana Nurul Iman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India berdepan gelombang panas pilihan raya

    NEW DELHI, 17 MEI – Biro cuaca India telah memberikan amaran bahawa negara itu berdepan gelombang panas kedua dalam tempoh tiga minggu, termasuk di...