Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Curi: Tahanan reman dua lelaki dilanjut

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Majistret Kanan Harnita Zelda Skinner telah melanjutkan tahanan reman dua individu, masing-masing penduduk tetap dan warga tempatan sehingga siasatan selesai dijalankan.

    Pertuduhan terhadapan kedua-dua defendan, penduduk tetap Rosleni bin Mahrop, 44, dan warga tempatan Aizuddin bin Haji Mat Salleh, 35, adalah pertuduhan sementara (holding charge).

    Pertuduhan itu berpunca daripada kejadian yang didakwa berlaku pada 9 malam, 21 April lalu, di sebuah rumah di Kampung Dato Gandi, Jalan Kota Batu, di mana kedua-dua mereka dikatakan mencuri sepasang kasut dan satu alat penggera siren lampu merah.

    Menurut Pendakwa Raya Abdul Musawwir bin Haji Awang Mahli, kedua-dua defendan berdepan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

    Keputusan reman itu dibuat bagi membolehkan pihak berkuasa melengkapkan siasatan mereka dengan teliti.

    Defendan akan kekal dalam tahanan sehingga siasatan selesai, dan prosiding lanjut ditentukan oleh mahkamah.

    Tarikh mahkamah seterusnya untuk kes berkenaan masih belum diumumkan sementara menung-gu siasatan dan pengumpulan bukti oleh pihak pendakwaan.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah di Punjab ditutup selama 7 hari

    ISLAMABAD, 21 MEI - Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh...