Wednesday, May 22, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    CHSK sambut Hari Bumi

    Oleh Nurdiyanah R. –

    TUTONG, 30 APRIL – Bersempena Hari Bumi Sedunia yang disambut pada 22 April setiap tahun di seluruh dunia, Sekolah Chung Hwa Kiudang (CHSK) turut tidak ketinggalan dalam mengungkayahkan Sambutan Hari Bumi di perkarangan sekolah tersebut, pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi sama-sama menyertai aktiviti penanaman pokok sekali gus ke arah meningkatkan kesedaran betapa pentingnya menjaga persekitaran yang bersih dengan tumbuh-tumbuhan menghijau itu ialah Pemangku Pegawai Daerah Tutong, Awang Mohammad Sofian bin Haji Basri.

    Menerusi acara sambutan berkenaan, sasaran jumlah pokok yang ditanam ialah sebanyak 135 pokok terdiri daripada pokok bunga ixora, hibiscus dan bougainvillea. Di samping itu, seramai 108 orang murid turut tidak melepaskan peluang menyertai aktiviti peraduan melukis dan mewarna pada sepanjang acara sambutan tersebut.

    Dengan perlaksanaan sambutan berkenaan, CHSK berharap ia dapat menimbulkan kesedaran sekali gus menyemai rasa cinta dan minta di kalangan warga sekolah bahawa tanggungjawab menjaga kebersihan dan keselamatan persekitaran adalah tanggungjawab bersama.

    Dalam pada itu, sambutan juga sebagai satu alternatif kepada guru-guru mengadakan aktiviti pembelajaran di luar kelas yang mana dalam teori pendidikan penyampaian pembelajaran akan lebih berkesan jika diintegrasikan teori dan praktikal seperti melukis sekuntum bunga dengan bermodalkan model sebenar di luar kelas.

    Dengan kejayaan inisiatif sebegini, CHSK juga berhasrat untuk terus mencapai misi sekolah dalam menjadikan ‘Sekolah dalam Taman’.

    Gambar ramai guru dan pelajar CHSK bersama Awang Mohammad Sofian. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG
    Antara pelajar CHSK yang ikut menanam pokok bunga pada acara tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN DAERAH TUTONG

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun

    TEHRAN, 21 MEI - Selepas meneliti masa proses pilihan raya, ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih presiden baharu,...