Wednesday, May 22, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Numero Uno Marine & Transport catat pencapaian bermakna

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Numero Uno Marine & Transport Sdn Bhd mencatatkan satu pencapaian yang amat bermakna bagi syarikat berkenaan apabila menerima kontrak daripada sebuah syarikat minyak utama di Negara Brunei
    Darussalam bagi membekalkan dua buah kapal bekalan platform iaitu MV Hua Ji dan MV Hua Jin.

    Sehubungan itu, Majlis Permulaan Kapal Bekalan Platform bagi MV Hua Ji dan MV Hua Jin berlangsung di Pelabuhan Muara, hari ini.

    Hadir bagi menyempurnakan permulaan bagi kapal bekalan platform berkenaan ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo.

    Turut hadir ialah Pengerusi Numero Uno Marine & Transport Sdn Bhd, Jake Goh Kiat Hing, pegawai-pegawai kanan, jemputan khas serta kakitangan Numero Uno Marine &
    Transport Sdn Bhd.

    Dalam kata alu-aluannya, Pengarah Urusan Numero Uno Marine & Transport Sdn Bhd, Zul Hilmi menyatakan bahawa pencapaian itu merupakan bukti ketekunan, dedikasi dan komitmen yang ditunjukkan untuk mencapai mercu tanda penting tersebut.

    Beliau menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak memberikan kerjasama, sokongan dan kepercayaan kepada mereka untuk mencapai kejayaan itu.

    Zul Hilmi seterusnya menyatakan bahawa dengan memulakan perjalanan bab baharu itu, mereka harus terus berpegang teguh kepada nilai-nilai integriti, dedikasi dan kecemerlangan yang menjadi tonggak kejayaan mereka.

    Selepas menyempurnakan permulaan kapal, TYT Xiao Jianguo turut berpeluang untuk menyaksikan dengan lebih dekat kemudahan dan kelengkapan yang terdapat di atas kapal berkenaan.

    TYT Xiao Jianguo (tengah) menandatangani plak bagi menyempurnakan pelaksanaan kapal berkenaan dengan disaksikan oleh Jake Goh (kanan). – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    TYT Xiao Jianguo, Jake Goh, Zul Hilmi dan para jemputan khas bergambar ramai di hadapan kapal MV Hua Jin di Pelabuhan Muara, kelmarin. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia dan New Zealand hantar pesawat, keluarkan warga dari New Caledonia

    SYDNEY, 21 MEI - Kerajaan Australia dan New Zealand mengumumkan pada hari ini bahawa mereka menghantar pesawat untuk memindahkan rakyat mereka dari New Caledonia...