Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Dagangan China, anggota RCEP catat peningkatan pesat

    BEIJING, 30 DIS – Perdagangan antara China dengan negara-negara yang terlibat dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) menyaksikan peningkatan pesat pada tahun ini.

    Demikian menurut Kementerian Perdagangan (MOFCOM) China dalam satu sidang media di sini, pada Khamis.

    Menurut statistik kastam China, jumlah import dan eksport antara China dengan anggota lain RCEP direkodkan sebanyak RMB11.8 trilion (kira-kira RM7.5 trilion) pada 11 bulan pertama tahun ini.

    Angka itu menyaksikan peningkatan 7.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas sekali gus menempati 30.7 peratus daripada keseluruhan import dan eksport negara ini.

    Dalam pada itu, jumlah eksport China terhadap anggota lain RCEP mencatat RMB6 trilion (kira-kira RM3.8 trilion), menokok 17.7 peratus. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...