Monday, May 6, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Dana AS$2 bilion untuk bantuan banjir Pakistan

    KARACHI, 9 OKT – Bank Dunia mengumumkan dana berjumlah AS$2 bilion untuk melaksanakan semula pembinaan infrastruktur dan membantu berjuta-juta mangsa banjir di seluruh Pakistan.

    Pengarah Negara Bank Dunia, Najy Benhassine mengumumkan keputusan itu semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Kewangan Pakistan Ishaq Dar di Islamabad pada Sabtu.

    Beliau berkata peruntukan tersebut daripada projek pembiayaan sedia ada untuk ‘operasi kecemasan bagi kawasan yang dilanda banjir, lapor Agensi Anadolu.

    Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas Bank Pembangunan Asia mengumumkan AS$2.3 bilion hingga AS$2.5 bilion sebagai ‘sokongan bantuan banjir’ bagi membantu Pakistan.

    Negara Asia Selatan itu dilanda banjir terburuk yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, kira-kira AS$1.5 bilion daripada jumlah itu akan disalurkan ke kawasan yang dilanda banjir tahun ini.

    Hujan lebat berbanding kebiasaan yang mencetuskan banjir luar biasa, mengorbankan hampir 1,700 orang di seluruh Pakistan sejak pertengahan Jun dan membanjiri satu pertiga negara tersebut.

    Kemusnahan besar tersebut juga dijangka menelan belanja AS$30 bilion untuk kerja-kerja baik pulih, menurut anggaran kerajaan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...