Sunday, May 5, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Darah nifas berhenti seketika di dalam tempoh nifas

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Darah nifas adalah darah haidh yang terkumpul, yang keluar daripada rahim seorang perempuan setelah keseluruhan rahimnya kosong dengan melahirkan anak, sama ada berupa anak, berupa darah beku (‘alaqah) ataupun berupa seketul daging (mudhghah).

    Tidak dinamakan darah nifas, darah yang keluar sebelum kelahiran anak, umpamanya darah yang keluar ketika hamil; ataupun darah yang keluar ketika lahirnya anak atau bersama-sama anak; ataupun darah yang keluar di antara kelahiran anak kembar.

    TEMPOH NIFAS

    Tempoh minimum (paling sedikit) nifas ialah satu lahzhah atau satu detik dan tempoh maksimum (paling banyak) nifas ialah 60 hari dan malamnya. Pada kebiasaannya, perempuan mengalami nifas dalam tempoh 40 hari dan malamnya. Menurut kebiasaan juga, cara pengiraan permulaan tempoh nifas ialah bermula daripada kelahiran anak, yakni terpisah dia daripada si ibu.

    Sekiranya seseorang menghitung bahawa darah nifas telah mencapai tempoh maksimum 60 hari, kemudian pada hari yang ke 61 darah masih lagi dapat dilihat, iaitu darah masih lagi keluar, maka penentuannya adalah sebagaimana berikut:

    Pertama: Jika darah nifas berhenti atau kering tepat 60 hari, sekalipun berhentinya itu hanya satu lahzhah atau detik, maka darah yang keluar lagi pada hari seterusnya itu adalah darah haidh jika cukup syarat-syarat.

    Kedua: Jika darah nifas keluar secara berterusan daripada hari ke 60 sehingga ke hari ke 61 tanpa ada berhenti (terputus) atau kering, maka darah yang keluar lagi pada hari ke 61 dan selebihnya itu bukan lagi dinamakan darah nifas, akan tetapi darah istihadhah.

    Darah nifas yang telah melebihi tempoh maksimumnya 60 hari adalah dihukumkan sama seperti darah haidh yang melebihi tempoh maksimumnya 15 hari. Perempuan yang mengalami istihadhah dinamakan mustahadhah. Oleh itu, berjalanlah segala hukum mustahadhah ke atas perempuan yang nifasnya telah melebihi hadnya.

    Gambar Canva
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...