Wednesday, May 22, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Datuk Red masih ke rumah Adira walau bercerai

    Usahawan Malaysia Datuk Seri Adnan masih lagi tidak percaya dirinya sudah berpisah dengan isteri kedua iaitu penyanyi Adira pada 24 April lalu.

    Memetik laporan mStar, Reda menerima takdir perpisahan itu, Adnan atau lebih mesra dengan panggilan Datuk Red, 46, bagaimanapun berkata beliau dan Adira bersepakat menjaga hubungan baik antara mereka demi anak-anak.

    “Sejujurnya saya masih di awang-awangan… macam tak percaya. Tapi saya tak nak menaruh harapan takut nanti kecundang lagi.

    “Macam sebelum ini saya menaruh harapan sangat apa yang saya impikan itu tidak jadi… Saya pujuk pun sudah setahun jadi saya reda saja.

    “Saya pun memang ada bercakap dengan Adira macam mana sekali pun, kita tak mahu bergaduh dan tak nak berlaku perkara tak baik,” katanya ketika dihubungi mStar, kelmarin.

    Dalam pada itu, Adnan memberitahu rutin hariannya tidak berubah selepas mereka bercerai kerana beliau masih lagi meluangkan masa bersama anak-anak di rumah.

    Malah, sehingga kini anak-anak masih belum mengetahui mengenai perpisahan ibu bapa mereka.

    “Saya masih melakukan rutin harian seperti biasa, selang sehari dengan Datin Red (Datin Seri Syarifah Nur Shafila Hassim), bila giliran rumah Adira saya akan tidur di pejabat saya.

    “Bila Adira kerja luar kawasan, sayalah pula tinggal di rumah dia bersama anak-anak. Kami jaga anak bersama macam sebelum ini.

    “Anak-anak pun dapat kasih sayang dari keduanya. Supaya mereka tidak tahu ibu bapa mereka sudah berpisah. Dia orang masih kecil lagi, belum masanya untuk beritahu,” ujarnya.

    Meskipun kecewa dengan penceraian itu, Adnan berkata beliau kekal positif kerana enggan isu berkenaan menganggu fokusnya dalam perniagaan.

    Malah beliau kini lebih giat menjalankan perniagaan kopi, baju dan bakal melancarkan minyak wangi selepas menerima bimbingan daripada rakan usahawan lain.

    Adnan juga memberitahu beliau sudah mula mengumpul wang bagi menyelesaikan hutang-hutang seperti dijanjikan.

    “Kecewa memang kecewa tapi sekarang saya nak fokus bayar hutang supaya mereka tak anggap saya main-main.

    “Sebelum ini saya kata nak kerja kan… sekarang Alhamdulillah saya sudah ada perniagaan semula.

    “Belum mula bayar lagi tapi duit sudah ada sedikit… cumanya buat masa ini duit itu peguam pegang dan nanti dia akan urusan soal peratus bayaran,” kongsinya.

    Pada 24 April lalu, Adnan sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang selepas memfailkan cerai terhadap Adnan di mahkamah sama atas alasan tiada lagi persefahaman.

    Untuk rekod, Adira atau Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, pernah memfailkan permohonan sama terhadap Adnan pada 1 April 2019 namun menarik semula bagi memberi peluang kepada suaminya itu selain cuba berbaik demi anak-anak.

    Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

    Adira sebagai isteri kedua dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015.

    Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia dua tahun. – Agensi

    Datuk Red mahu lebih fokus kepada perniagaan. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekolah di Punjab ditutup selama 7 hari

    ISLAMABAD, 21 MEI - Berikutan peningkatan suhu dan gelombang haba di wilayah Punjab, timur Pakistan, semua sekolah awam dan swasta akan ditutup selama tujuh...