Wednesday, May 22, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Kongsi kemahiran penilaian mata pelajaran Akhlak

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 APRIL – Seramai 65 orang guru agama dari sekolah-sekolah agama Kawasan Brunei IIA telah menyertai sesi kongsi sama penaksiran untuk pembelajaran mata pelajaran Akhlak di Dewan Sekolah Ugama Lambak, Jalan Bedil.

    Bengkel disampaikan oleh Hajah Norainon binti Haji Hashim, salah seorang tenaga pengajar dari Sekolah Ugama Lambak Kanan.

    Ia bertujuan untuk mengongsikan ilmu pengetahuan dan kemahiran penilaian khususnya bagi mata pelajaran Akhlak di persekolahan agama.

    Selain itu, ia merupakan salah satu usaha pihak Jabatan Pengajian Islam (JPI) bagi meningkatkan pencapaian murid-murid dalam Peperiksaan Sijil Sekolah-sekolah Rendah Ugama (SSSRU) pada penghujung tahun ini.

    Program tersebut diungkayahkan oleh Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei IIA (JKPSSU Brunei IIA), JPI yang dihadiri sama oleh para pegawai dari jabatan berkenaan.

    Antara sesi yang disertai guru semasa bengkel. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI
    Gambar ramai para peserta yang menghadiri bengkel yang diadakan di Dewan Sekolah Ugama Lambak, Jalan Bedil. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India periksa syarikat rempah selepas dakwaan pencemaran

    MUMBAI, 21 MEI - Lembaga rempah kerajaan India telah melancarkan pemeriksaan kilang ke atas dua syarikat terkemuka susulan larangan daripada negara asing berikutan tuduhan...