Monday, May 6, 2024
22.8 C
Brunei

    -

    Djokovic buru gelaran Terbuka Australia ke-10

    ADELAIDE, AUSTRALIA, 7 DIS – Novak Djokovic akan memulakan kempen memburu gelaran Terbuka Australia ke-10 di keohanan Antarabangsa Adelaide, umum pihak penganjur kelmarin, selepas pemain dari Serbia itu diberikan visa untuk masuk ke negara itu.

    Pemain ranking dunia kelima itu terlepas perlawanan pembukaan Grand Slam 2022 apabila dia diusir dari negara itu disebabkan status vaksinasinya.

    Australia telah pun menarik balik keperluan mewajibkan para pelawat untuk menunjukkan bukti vaksinasi COVID, dan larangan tiga tahunnya telah dibatalkan oleh pihak kerajaan pada November lalu.

    Djokovic pada masa itu menarik nafas lega.

    “Terbuka Australia merupakan Grand Slam saya yang paling berjaya. Saya mencipta beberapa memori terbaik di sana,” katanya.

    Novak Djokovic akan memulakan kempen memburu gelaran juara Terbuka Australia ke-10 di Antarabangsa Adelaide. – ANN / The Straits Times

    Djokovic bakal berdepan pemain hebat dari 1 hingga 8 Januari, termasuk Felix Auger-Aliassime, Daniil Medvedev dan Andrey Rublev, masing-masing berada di ranking keenam, ketujuh dan kelapan dunia, serta juara dua kali Wimbledon, Andy Murray.

    Saingan lamanya, Rafael Nadal, penyandang juara Terbuka Australia, bagaimanapun akan menggunakan kejohanan Piala United, acara regu campuran baharu yang diadakan di Perth, Brisbane dan Sydney, sebagai acara pemanas badan sebelum Grand Slam.

    Empat daripada 10 pemain teratas dunia wanita akan bermula di Adelaide, seperti pemain kedua dunia, Ons Jabeur; pemain kelima dunia, Aryna Sabalenka; pemain kelapan dunia, Daria Kasatkina dan pemain kesembilan dunia, Veronika Kudermetova. Kejohanan tersebut turut melibatkan juara dua kali Terbuka Australia, Victoria Azarenka, juara Wimbledon 2022, Elena Rybakina dan juara-juara Grand Slam, Bianca Andreescu dan Jelena Ostapenko.

    “Kami berbesar hati untuk mengesahkan barisan pemain bertaraf dunia selama satu minggu di Antarabangsa Adelaide,” pengarah kejohanan, Alistair MacDonald berkata semasa mengumumkan barisan pemain untuk acara ATP-WTA itu.

    Terbuka Australia bakal diadakan di Melbourne Park dari 16 hingga 29 Januari depan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Remaja ‘radikal’, 16 tahun mati ditembak polis Australia

    SYDNEY, 5 MEI - Polis Australia Barat menembak mati seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang bertindak ganas selepas menikam seorang lelaki dengan pisau...