Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Pengikut Instagram Jenna Ortega bertambah 10 juta

    Populariti drama Wednesday yang disiarkan menerusi saluran Netflix melonjakkan nama pelakon Jenna Ortega.

    Mana tidaknya, hanya dalam tempoh 10 hari selepas siri drama lakonannya itu ditayangkan, pengikut Instagram Jenna bertambah 10 juta dalam tempoh tersebut.

    Sebelum siri itu disiarkan pada 23 November lalu, pengikut Instagram Jenna hanya 9.4 juta namun melonjak kepada 19.4 juta pada Sabtu lalu dan melepasi angka 20 juta sehari kemudian.

    Pelakon berusia 20 tahun itu memegang watak sebagai Wednesday Addams dalam siri terbaharu Tim Burton berkenaan.

    Drama bersiri lapan episod tersebut mencecahkan rekod Netflix apabila ditonton sebanyak 341.23 juta pada minggu pertama ia ditayangkan.

    Ia sekali gus mencatat rekod jumlah tontonan tertinggi bagi siri televisyen berbahasa Inggeris di saluran penstriman berkenaan dan mengalahkan rekod dipegang siri popular Stranger Things musim keempat.

    Wednesday merupakan siri komedi remaja berkonsepkan misteri supernatural.

    Selain Jenna, drama ini turut dibintangi Catherine Zeta-Jones, Guzman, Victor Dorobantu, Isaac Ordonez dan George Burcea.

    Untuk rekod, Jenna sebelum ini pernah muncul sebagai Jane dalam siri drama komedi Jane The Virgin pada tahun 2014 sehingga 2019 dan membintangi filem X dan Scream pada 2022. – Agensi

    Nama Jenna melonjak naik selepas tayangan siri Wednesday. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...