Friday, May 3, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    EU, Jerman capai perjanjian jual kenderaan bahan api fosil

    BRUSSELS, 26 MAC – Kesatuan Eropah (EU) dan Jerman berkata semalam mereka telah mencapai perjanjian selepas perbalahan mengenai pemberhentian penjualan kereta menggunakan bahan api fosil secara berperingkat-peringkat menjelang 2035.

    Satu perjanjian bersejarah melarang penjualan kereta bahan api fosil mulai 2035 merupakan kunci kepada rancangan blok untuk menjadi ekonomi ‘neutral iklim’ menjelang 2035, dengan pelepasan gas rumah hijau sifar.

    Namun dalam tindakan yang tidak pernah berlaku pada awal bulan ini, pengeluar kereta terkemuka Jerman menyekat perjanjian pada minit-minit terakhir selepas ia telah diluluskan di bawah proses perundangan EU.

    Berlin menuntut Brussels mem-berikan jaminan bahawa undang-undang itu akan membenarkan penjualan kereta baharu dengan enjin pembakaran yang menggunakan bahan api sintetik, tumpuan kejayaan cemerlang yang diumumkan semalam.

    “Kami telah mencapai satu perjanjian dengan Jerman mengenai masa depan penggunaan e-bahan api dalam kereta,” kata pesuruhjaya alam sekitar EU, Frans Timmermans di Twitter.

    “Kami akan berusaha untuk meluluskan standard karbon dioksida (CO2) untuk peraturan kereta secepat mungkin.”

    Menteri Pengangkutan Jerman, Volker Wissing berkata di Twitter bahawa kenderaan dengan enjin pembakaran mungkin terus didaftar selepas 2035 sekiranya ia hanya menggunakan bahan api yang neutral dalam pelepasan CO2.

    Rundingan selama beberapa minggu di antara Suruhanjaya Eropah dan Jerman bertujuan memecahkan kebuntuan yang bertumpu pada cita-cita Berlin untuk mencapai komitmen yang lebih kukuh ke atas bahan api sintetik daripada yang dibentangkan dalam teks awal. – AFP

    Kereta mengeluarkan asap ekzos ketika kanak-kanak menuju ke sekolah di Frankfurt, Jerman. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jenama rempah-ratus India diperiksa atas faktor kebimbangan kesihatan

    NEW DELHI, 3 MEI - Jenama rempah-ratus India diperiksa pihak berkuasa selepas beberapa negara menghalang penjualan produk keluaran dua syarikat kerana disyaki mengandungi etilena oksida,...